Thursday, January 15, 2015

Misi ziarah dan reward diri

Sejak kehadiran anak special umie aktiviti balik kampung telah lama kami pendamkan
Bukan kerana x ridu nak blk tapi kerana mengenangkan keadaan yg agak tak selesa utk anak syuga umie niat utk balik kampung terpaksa kami batalkan...tambahan pula dgn kehadiran adif yg permulaan kelahirannya bermula dgn zaman hspitalnya
Semua tu bukan penghalang utk umie berhubung dgn saudara mara di kampung...alhamdulillah semua faham keadaan kami nak2 keadaan anak istemewa kami


Rasanya hampir 8 tahun kami x balik kampung ...lama kan..huhu
apakan daya sedih rasanya tapi bila kenangkan keadaan itu buatkan umie sedar semua yg terjadi ada hikmahnya
alhamdulillah sekarang melepasi tahap kepayahan tersebut..syukur segala apa yg kami lalui dulu kini kembali seperti asal
aizad pun dah makin stabil utk dibawa berjalan,walaupun kes tarik/sawanya masih ada tapi alhamdulillah keadaan masih terkawal dan dia pun nampak enjoy bila dibawa berjalan syukur sngt
Adif jgn cakaplah dia memang yg paling happy
Disini kami merehatkan diri,checkin seawal jam 5.30am






perjalanan ke Ipoh pagi tu sngt2 tak dirancang
berita kematian bapa saudara sngt2 mengejutkan,
sayu hati bila dapat tahu
sudah la lama x berjumpa jadinya umie agak memaksa suami utk balik ke Ipoh juga mlm tu utk ziarah jenazah
perjalanan seawal jam 2,30 pagi sngt2 terasa suasana balik kampungnya..adif pun seronok sampai x tidor dia sepanjang perjalanan..
jam 5.30pagi kami sampai ke Ipoh,singgah bermalam  actually dah pagi hehe..singgah utk rehatkan badan di Botani Hotel..memandangkan aizad tak blh dgn suasana ramai,risaukan keadaannya yg akan tantrum kami bercadang menginap dihotel dulu sebelum meneruskan perjalanan ke rumah makteh







umie lah yg paling happy bila anak happy 
biarpun perjalanan tanpa plan,cukup buatkan kami teruja coz dapat bawa anak2 berjalan
harapannya semuga aktiviti ini aka diteruskan utk reward diri dan family setelah bersusah payah mencari rezeki
syukur dapat berjumpa keluarga makteh yg dah lama kami tak jumpa 
8 thu bukan lah jangka masa yg pendek..bayangkan ...walaupun kepulangan kali ini kerana menziarah kematian ,umie tetap bersyukur Allah bagi peluang dan rezeki utk kami pulang
org lain maybe akan menilai sebaliknya tapi bagi umie ini juga rezeki dari Allah utk kami berjumpa keluarga
InsyaAllah aktiviti ini akan diteruskan..anak2 pun dah besar2 seronok nak berjalan bersama
kepada keluarga makteh takziah kami ucapkan atas pemergian arwah pakteh Allah lebih sayangkannya,
semuga rohnya ditempatkan bersama org2 yg beriman




No comments:

Post a Comment