Friday, December 26, 2014

Misi Bantuan Banjir 2014

Allahuakbar sedih sngt bila melihat keadaan negeri2 yg ditimba bencana alam..sedih mengenangkan anak2 kecil,org2tua yg daif melalui keadaan tersebut lebih sedih lagi bila kenangkan anak2 special disana 
Ya Allah kau lindunginya mereka semua,bantulah mereka menghadapi saat2 getir ini..huhu mengalir air mata ini bila mengenangkan mereka disana...


Bismillahirrahmanirrahim,
Selawat dan salam ke atas junjungan
besar kita Nabi Muhammad SAW, keluarga baginda,
dan para sahabat2 baginda....
Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim,
Ya Waliy, Ya Mukmin, Ya Aziz,
Engkau lindungilah kedua Ibu bapa kami,
Adik beradik kami,
Sanak saudara kami,
Sahabat2 kami,
Dan semua penduduk di negeri Kelantan, Terengganu, Pahang, Perlis & Perak yang terkena musibbah banjir ini....
Ya Mutakabbir, Ya Sami', Ya Bashir,
Sesungguhnya kami semua hamba2 Mu yang lemah,
Kami tidak berdaya untuk menanggung ujian daripadaMu,
Sesungguhnya Engkau Ya Allah Maha Berkuasa di atas segala sesuatu...
Ya Malikul Mulk,
Ya Malik, Ya Muhaimin, Ya Matin,
Engkau perintahkanlah bumiMu menelan airnya,
Engkau perintahkanlah langitMu berhenti mencurahkan airnya,
Sesungguhnya kami amat lemah untuk menanggung ujian daripada Mu,
Ya Waaliy....
Ya Rahim, Ya Basith, Ya Rofi,
Kasihilah kami semua,
Kami mohon kepadaMu,
Redakanlah bencana ini,
Ya Mani'...
Dan lindungilah kami semua,
Ya Qowiy, Ya Qodir,
Daripada perkara2 yang buruk...
Ya Allah,
Sesungguhnya Engkau tidak akan menimpakan sesuatu,
kepada kami melainkan sebagai peringatan kepada kami,
Di atas segala dosa2 dan kelalaian kami kepadaMu,
Ya Allah, Ya Tawwab,
Sesungguhnya kami telah mezalimi diri kami,
Ampunkanlah kami,
Sesungguhnya Engkau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,
Ya Allah, Ya Hafidz,
Jangan Engkau biarkan hati, iman kami terpesong,
dan lalai sehingga melupakan tanggungjawab kami kepadaMu,
Rahmatilah kami semua Ya Allah,
Ya Allah,
Tiada tuhan melainkan Engkau,
Dan Nabi Muhammad SAW itu pesuruh Mu,
Ya Allah, Ya Ghofur, Ya Mujib,
Perkenankan dan kabulkanlah doa kami....
Amin....



Ya Allah bayangkan jika kita disana..bayangkan jika ahli keluarga kita disana apa perasaan kita 
marilah kita sama2 berdoa sesungguhnya DOA adalah senjata org2 mukmin muga2 Allah perkenankan doa kita 
Marilah kita sama2 membantu apa yg patut utk meringankan kesusahan mereka disana,blh hubungi no dibawah utk sebarang maklumat


 Warga2 Kulim yg nak sama2 menyumbang blh contact no yg tertera dibawah ok
Group shaklee   wol#1 juga sedang giat mengumpul dana utk membekalkan 10 set dan semuga dapat beri lebih lagi water set Get Clean Water Pitcher ni kepada mangsa banjir yg berada Pantai Timur Malaysia. Ini bertujuan untuk membantu memberikan bekalan air minuman bersih kepada mangsa banjir yg terlibat.
Setiap sumbangan boleh disalurkan terus kepada nama & nombor akaun yg disertakan dengan Reference Note seperti yg tertera.Semuga sedikit sumbangan kita meringankan mereka2 yg memerlukan
Semuga segala usaha kita diberkati dan semuga negara kita juga terselamat dari ancaman banjir terutama negeri2 terlibat
kita yg tak terlibat pun dah rasa sukarnya bila hujan berterusan,inikan pula mereka yg hilang tempat tinggal hilang org yg tersayang dek kerana banjir ....tragedi yg sangat sangat menyayat hati kita smua..semuga semuanya dilindungi Allah SWT

No comments:

Post a Comment