Friday, October 24, 2014

Aizad vs sawan

Tanggal 20hb August sekali lagi kami dikejutkan dgn sawan aizad yg makin menjadi2...satu yg perasan kali ni dia nampak sngt2 lemah berbanding sebelumnya..aizad sampai sekarang masih ada sawannya..tapi tiap kali sawan dia akan cergas kembali...selalunya umie moniter sendiri kat rumah jer memandangkan ini bukan lah kali pertama utknya...ubat pun sedia ada utknya..
bila perhatikan keadaan sawannya yg agak kerap umie mula susah hati takkala melihat keadaanya yg makin x bermaya..umie terus call hubby utk bawanya ke hspital..memang agak bercinta nak bawanya ke hspital dgn keadaannya yg agak agresif..tpi umie nekad utk dapatkan rawatan utknya
Usai solat zohor umie membawa aizad ke kecemasan Hspital Kulim.melihatkan keadaannya yg tak bermaya dia terus diusung masuk...senang ja doktor set line kat dia memandangkan keadaanya yg agak lali..jika x memang sukarlah kerja doktor..
lebih kurang sejam dibahgian kecemasan aizad ditolak ke wad c2 Peads Hospital Kulim
second time admittion baginya selepas hampir 14thun sejak dia mula2 admit disana kerana demam panas...dia wad itu jugalah aizad mula tarik..mulanya episod berumah dihspital....sejak usia itu jugalah di di diagnos sebagai CP 
kenali apa itu CP dilink ini ya
http://kidshealth.org/parent/medical/brain/cerebral_palsy.html




DAY 1 admition :
Aizad tarik lagi masa berada diwad didepan doktor2 yg sedang review kes dia...terkejut dr2 melihat kuatnya gegaran dari,kesan tariknya..dari tempat belakang aizad ditolak ke depan supaya senang utk pemantauan doktor...
Alhamdulillah sejak duduk didepan aizad x tarik..tapi keadaan menjadi tak terkawal bila dia dah mula sedar dgn drip ditangan berperang jugalah umie nak mengawalnya...bkn mudah menjaga aizad diwad..Allah saja yg tahu kenapa umie bercinta nak bawanya ke hspital tiap kali dia sawan...
bermula episod bermalam diwad...
mcm biasa dia x tidor malam so memamg peritlah umie nak mengawalnya diatas katil sampaikan nurse2 dan doktor2 kesian melihat keadaanya..kesian melihat umi..terlalu prihatin meraka..tqsm..rasa diri ini diambil berat...doktor mencadangkan kaki tangannya diikat..tapi umi menolak tak sanggup melihat dia diperlakukan begitu walaupun niat doktor adalah untuk menjaga umie...biarlah umie menjaganya..alhamdulillah walaupun penat berperang dgn dia akhirnya aizad mengalah...keesokkan paginya baru dia tidor..

DAY 2 admittion:
Aizad didatangi mcm2..doktor dri HO ke MO..bermulalah episod tersilap beri dos ubat..mulanya umie berasa pelik tapi selepas bertanyakan kepada HO yg bertugas dia menerangkan dosage yg diberi bersesuaiian dgn umur dan berat aizad so ..utk kali keduanya ubat topamax utk sawannya diberi lagi dgn dos 250mg....hmmmm..nasib baik ptg tu walaupun raya deepavali doktor pakar tetap datang utk review pesakit so umie berkesempatan bertanya padanya berkenaan dosage yg sepatutnya diberi memandangkan keadaan aizad yg bnyk tidor selepas makan dosage topamax yg diberi..memang betul jangkaan umi ada yg tak kena..silap dosage hmmmm..nak kata apa lagi dah bagi kan tapi umie berfikiran positif x nak melnting tak tentu pasal walaupun agak kecewa dgn tindakan doktor2 tersebut...apa yg umie pelajari ..kita sebagai ibubapa punya hak ut thu...ambil tahu ubt apayg diberi kepada anak2 kita..jgn mudah ikut saja apa yg diberi tak jadi apa2 tak apalah cuba jadi apa2 siapa yg nak dipersalahkan...or siapa yg nak menangung akibatnya melainkan anak kita sendiri
keadaan aizad yg restless tu mayb beri sedikit rehat utkya dan utk umie juga..so umie berfikiran positif

Day 3 admittion :
Sepatutnya dah blh dscharge terpaksa continue lagi sehari utk pemantauan kerana keadaan aizad yg masih lalog...frust umie ni..tak pa positif saja..lagi pla keesokkannya dia da appmnt dgn pakar dental..umie yg request alang2 dah admit wad  kan..biar doktor check giginya sekali

Day 4 admittion :
jumpa pakar gigi...pakar peads dah dscharge aizad maksudnya dah blh balik cuma tunggu pakar gigi ja datang melihat keadaanya..


gambar sebagai hiasan kerana masa doktor pakar datang melawat aizad bateri phone umie kong terus so tiasa caption utk moment tersebut..alhamdulillah aizad beri kerja sama walau masih lali2 semasa doktor gigi memeriksa giginya..doktor siap puji umie ..pandai mak jaga gigi dia..cantik..hehe kembang sekejap umie ni..ya lah bkn senang nak jaga gigi anak special ni kan..nak menggosoknya pun dah rasa nak luruh pinggang bersilat dgn dia didalm bilik air..cuma gigi graham dia ja yg rosak sikit..sp doktor terpaksa berbincang dgn doktor pakar utk dapatkan date baru utk aizad memandangkan dia terpaksa melalui operation utk mencabut gigi2nya yg rosak..so next appmnt utk bertemu doktor gigi lagi....yahuuuu dah blh balik..ALHAMDULILLAH...selama bermalam diwad byk pengalaman yg umi dapat..semua yg berlaku ada hikmahnya
semuga aizad terus sihat dan terus dilindungi Allah swt...Aamiin..

No comments:

Post a Comment