Tuesday, March 5, 2013

Osteoporosis-kesannya

BAHAYA OSTEOPORIS
::: BAHAYA OSTEOPOROSIS @ TULANG RAPUH :::kredit to pn Mas Rara

Ramai dikalangan kita yang tidak terdedah dengan kewujudan Osteoporosis malah penyakit ini juga di pandang ringan. Hakikatnya penyakit ini menyebabkan kerapuhan tulang yang dialami 200 juta wanita di seluruh Dunia. Di Malaysia pula dianggarkan sejuta orang berhadapan risiko osteoporosis dengan 29 peratus daripada lelaki.

 Presiden Persatuan Kesedaran Osteoporosis Kuala Lumpur (OASKL), Dr Lee Joon Kiong, berkata "satu daripada tiga wanita, khususnya yang berusia 55 tahun ke atas dan satu daripada lima lelaki menghidap Osteoporosis, manakala 25 peratus wanita tua yang dikenali pasti mempunyai penyakit itu, meninggal dunia akibat keretakan tulang. Apa yang membimbangkan penyakit yang dianggap pembunuh senyap. Pelbagai lapisan usia masyarakat khususnya golongan muda perlu didedahkan dengan risiko penyakit ini dengan lebih kerap" katanya pada Majlis Pelancaran OASKL, di ibu negara baru-baru ini.

Kajian mendapati 25 peratus wanita meninggal dunia dalam tempoh lima tahun selepas mengalaminya, manakalanya selebihnya lumpuh dan terpaksa hidup bergantung kepada tongkat.

 OSTEOPOROSIS :

    Mengurangkan kemampuan tubuh menggantikan tulang lama dengan yang baru
    Berlaku akibat kehilangan isi pada tulang sekali gus menyebabkan ia mudah retak.
    Osteoporosis berlaku dalam tempoh lama. Pesakit boleh merasakan kesakitan hanya kerana duduk terlalu lama, berdiri, batuk malah berdakap orang disayangi juga boleh menyebabkan keretakan.
    Ramai menyangka mereka tidak akan mengalami osteoporosis jika mengekalkan kesihatan dan gaya hidup aktif. Malangnya osteoporosis adalah penyakit senyap tanpa petanda awal. Pesakit tidak berasa sakit sehingga mereka mengalami keretakan tulang.

PUNCA OSTEOPOROSIS :

    Kekurangan KALSIUM. Wanita yang kurang pengambilan kalsium.
    Gaya hidup tidak sihat seperti menghisap rokok, mengambil alcohol, pemakanan tidak seimbang dan tidak bersenam.
    Dikalangan wanita yang merokok 'membantu' menurunkan tahap estrogen yang secara  tidak langsung menyebabkan kehilangan kepadatan tulang sebelum putus haid.
    kajian mendapati 60 peratus kes osteoporosis turut disebabkan oleh faktor genetik. Ini bermakna mereka yang mempunyai sejarah seperti ibu mengalami osteoporosis, berisiko tinggi menghidap penyakit itu kelak, justeru LANGKAH PENCEGAHAN perlu dilakukan sejak awal bagi mengelakkan atau mengurangkan risikonya.

CARA MENCEGAH :

    #Bersenam yang kerap dan terayus membantu menguatkan tulang dan otot sekali gus mencegah kehilangan kepadatan tulang
    #Kegiatan seperti berjalan, berlari, menari adalah antara senaman yang baik untuk mencegah Osteoporosis
    #Selain itu Diet yang memperkaya kalsium mambantu menguatkan tulang. Bagaimana sekiranya anda seorang yang tidak suka dengan susu ? Anda boleh mengantikannya dengan pengambilan suplement yang membantu dalam pembekalan kalsium dalam keperluan harian.
    #Pengambilan vitamin D juga penting kerana ia membantu tubuh menyerap kalsium.

Dr Lee berkata "penyakit tulang rapuh TIDAK WAJAR dianggap sebagai penyakit yang dihidap oleh golongan tua SAJA memandangkan ia juga berisiko dialami golongan muda seiring peningkatan usia mereka".

Siapakah yang lebih terdedah kepada masalah kehilangan jisim tulang?
  • Wanita, terutama yang mengalami haid tidak teratur.
  • Wanita lepas menopos.
  • Mereka yang mempunyai sejarah ahli keluarga mengidap osteoporosis.
  • Mereka yang tidak mengamalkan gaya hidup aktif.
  • Perokok.
  • Mengambil alkohol.
  • Mereka yang mengambil ubat-ubatan yang mengganggu penyerapan kalsium.
  • Mereka yang kurang kalsium dalam diet harian.


 OsteMatrix terbukti secara klinikal dapat menyediakan nutrisi penting serta unik dan melebihi fungsi kalsium dalam membina dan mengekalkan tulang dan gigi yang kuat serta membantu mengurangkan risiko osteoporosis. OsteMatrix juga menyediakan satu Matriks unik nutrien kritikal termasuk kalsium, vitamin D, magnesium dan banyak lagi untuk membina dan mengekalkan tulang yang kuat.

Sempena bulan promosi osteomatrix ini..jom kita tambah stok utk bekalan kalsium kita ...sila pm saya or call/sms ditalian 0174377695..utk anda sure harga yg menarik........jgn lepas peluang ini...jadikan hadiah buat ibubapa tersayang juga..

No comments:

Post a Comment