Sunday, January 20, 2013

Lelaki & vitamin..........


perkongsian ilmu khas buat kaum adam..jadinya kita sebagai isteri,anak,bantu mereka utk memberi sesuatu yg sihat utk diamalkan..mulakan dgn cara pemakanan yg sihat,kerap bersenam dan hindari tabiat yg merugikan kesihatan...
Shaklee menawarkan set utk kesihatan lelaki...kombinasi Omega Guard + vitamin E + zink membantu lelaki utk lebih sihat bertenaga........
KASIHAN kaum lelaki zaman ini. Terlalu banyak faktor yang perlu diambil perhatian jika mereka peka terhadap hal reproduksi, kesuburan dan juga kiraan serta kualiti sperma.

Tidak cukup dengan penyakit kelamin berjangkit, hipertensi dan diabetes, tahap kesuburan seseorang lelaki boleh terjejas akibat beberapa masalah lain seperti disfungsi erektil, masalah hormon, kecederaan dan juga jangkitan kuman.

Dalam kes tertentu, pendedahan terhadap bahan berbahaya turut menjejaskan tahap kesuburan seseorang. Kimia toksik yang ditemui dalam banyak makanan tercemar serta penggunaan racun serangga tanpa kawalan juga membawa khabar buruk buat lelaki.

Itu belum lagi bercakap tentang tabiat merokok yang langsung tiada manfaat untuk kesihatan secara keseluruhannya. Apatah lagi penyalahgunaan dadah narkotik seperti ganja dan kokain yang jelas mengurangkan kuantiti sperma.

Hakikatnya, manusia tidak boleh mengubah persekitaran yang semakin penuh dengan ancaman pencemaran. Apa yang boleh dilakukan adalah mengamalkan diet yang seimbang dan berkhasiat, kerap bersenam dan hindari tabiat yang merugikan nikmat kesihatan.

No comments:

Post a Comment